Chingay yang berasal dari China telah menjadi satu keistimewaan di Pulau Pinang. Bendera yang berwarna-warni dengan kemahiran membawa dan mengimbang dalam perarakanChingay adalah terhad kepada sambutan Hari Kelahiran Dewa-dewa, tetapi negeri Pulau Pinang telah menukar kepentingannya di segi pelancongan. Perarakan Chingay yang pertama di Pulau Pinang diadakan pada tahun 1919 dalam sambutan Hari Kelahiran Dewa-dewa Penyayang dianjurkan oleh Pedagang Pasar dan lain-lain komuniti Cina dalam bandaraya yang membawa tokong dewa Penyayang dan bendera chingay sepanjang 40 kaki dan mengililingi Georgetown dalam mengelakkan wabak yang berlaku ketika itu.
Perarakan Chingay kedua diadakan pada tahun 1926 dalam sambutan kelahiran dewa pemurah. Perarakan Chingay ketiga diadakan pada 1957 bagi menyambut ulangtahun Majlis Bandaraya Georgetown.
Bagaimanapun menjelang beberapa tahun perarakan Chingay berubah daripada tujuan asal kepada promosi pelancongan. Dalam tahun 1966’ bandaraya Geoergetown menganjurkan perayaan Pesta Pulau Pinang bagi mempromosikan pelancongan. Kali ini perarakan Chingay bukan sahaja mengandungi bendera Chingay tetapi juga tarian singa dan tarian naga.
Empat tahun telah berlalu dan kerajaan negeri Pulau Pinang menganjurkan Pesta Pulau Pinang yang pertama dalam 1970. Dalam semua majlis, Chingay memainkan peranan penting bagi menarik pelancong-pelancong khususnya dari luar negara, melawat ke Pulau Pinang untuk menyaksikan acara mengimbang bendera Chingay 40 kaki tinggi yang menarik dan kagum.
Saiz bendera tiga segi sekurang-kurangnya 25 x 15 kaki diikat pada tiang kayu sepanjang 40 kaki.